SourceForge Logo

Projek Munsyi

Laman web rasmi pasukan terjemahan Bahasa Melayu Translation Project
 

Laman utama

Sertai Projek Munsyi

Maklumat Projek

Berita Terkini

Status Projek

Cekupan Skrin

Dokumentasi

Perisian

Fail

Laman projek di SourceForge

Projek Berkaitan

Sertai Projek Munsyi

Untuk menyertai Projek Munsyi, anda disyorkan membaca panduan menjadi penterjemah di http://www.iro.umontreal.ca/contrib/po/HTML/translators.html

Setelah membaca panduan tersebut, anda digalakkan menyertai mailing list Projek Munsyi dengan mengisikan borang langganan di http://lists.sourceforge.net/lists/listinfo/translation-team-ms. Mailing list ini akan digunakan sebagai medium komunikasi sesama penterjemah, dan juga pengumuman daripada Translation Project berkenaan pakej-pakej baru yang belum diterjemah.

Untuk membolehkan nama anda disenaraikan didalam pasukan penterjemah, anda perlu menghantar e-mel kepada Koordinator Translation Project di alamat translation@iro.umontreal.ca, dan menyatakan bahawa anda berminat untuk menjadi ahli pasukan penterjemah Bahasa Melayu. Jangan lupa menyertakan tanda kod Bahasa Melayu iaitu ms didalam e-mel anda agar memudahkan tugas Koordinator untuk memasukkan nama dan alamat e-mel anda didalam senarai pasukan penterjemah. Contoh e-mel boleh didapati disini.

Anda perlu memuatturun, mencetak dan menghantar DISCLAIMER yang disediakan oleh Free Software Foundation untuk membolehkan anda menjalankan terjemahan ke atas perisian GNU.

Setelah selesai, sila lihat senarai perisian yang terdapat di http://www2.iro.umontreal.ca/~pinard/po/registry.cgi?team=ms dan pilih satu perisian yang anda minati untuk dilakukan proses terjemahan. Hantarkan e-mel ke mailing list Projek Munsyi dan nyatakan perisian yang anda ingin terjemah. Ketua pasukan terjemahan akan menghantar e-mel kepada Koordinator Translation Project untuk memberitahu koordinator bahawa terjemahan perisian tersebut telah ditugaskan kepada anda.

Sementara menunggu DISCLAIMER anda disahkan, anda boleh memuatturun fail POT perisian berkenaan dan memulakan proses terjemahan. Apabila terjemahan anda telah selesai, anda boleh menggunakan khidmat TP Robot untuk memeriksa dan menghantar terjemahan tersebut kepada koordinator perisian tersebut.
 

  Maklumat lanjut, sila hubungi
sharuzzaman at users dot sourceforge dot net