SourceForge Logo

Projek Munsyi

Laman web rasmi pasukan terjemahan Bahasa Melayu Translation Project
 

Laman utama

Sertai Projek Munsyi

Maklumat Projek

Berita Terkini

Status Projek

Cekupan Skrin

Dokumentasi

Perisian

Fail

Laman projek di SourceForge

Projek Berkaitan

Projek Berkaitan

Projek Munsyi bukanlah satu-satunya projek terjemahan perisian Bahasa Melayu. Sebelum Projek Munsyi dimulakan, telah wujud projek-projek lain seperti Projek Meksom, Projek Gabai dan juga Projek Singa Emas.

Projek Meksom

Projek Meksom adalah satu usaha penterjemahan antaramuka pengguna pelayar web Mozilla ke dalam Bahasa Melayu. Projek ini diusahakan oleh Saudara Hasbullah bin Pit atau lebih dikenali sebagai Sebol. Maklumat lanjut mengenai Projek Meksom boleh didapati dengan melayari laman web http://www.ikhlas.com/meksom

Projek Gabai

Projek Gabai adalah satu usaha penterjemahan antaramuka pengguna pengurus tetingkap GNOME ke dalam Bahasa Melayu. Projek ini juga diusahakan oleh Saudara Hasbullah bin Pit. Maklumat lanjut mengenai Projek Gabai boleh didapati dengan melayari laman web http://gabai.sourceforge.net

Projek Singa Emas

Projek Singa Emas adalah satu usaha penterjemahan perisian Open Office ke dalam Bahasa Melayu. Projek ini diusahakan oleh Saudara Bustamam Harun. Maklumat lanjut mengenai Projek Singa Emas boleh didapati dengan melayari laman web http://oo-l10n-my.sourceforge.net

Projek Kedidi Emas

Projek Kedidi Emas adalah satu usaha penterjemahan antaramuka pengguna pengurus tetingkap KDE ke dalam Bahasa Melayu. Projek ini diusahakan oleh Saudara Muhammad Najmi Ahmad Zabidi. Maklumat lanjut mengenai Projek Kedidi Emas boleh didapati dengan melayari laman web http://kde-ms.sourceforge.net
 

  Maklumat lanjut, sila hubungi
sharuzzaman at users dot sourceforge dot net