SourceForge Logo

Projek Munsyi

Laman web rasmi pasukan terjemahan Bahasa Melayu Translation Project
 

Laman utama

Sertai Projek Munsyi

Maklumat Projek

Berita Terkini

Status Projek

Cekupan Skrin

Dokumentasi

Perisian

Fail

Laman projek di SourceForge

Projek Berkaitan

Perisian

Proses penterjemahan boleh menggunakan pelbagai perisian yang sedia terdapat didalam edaran Linux anda. Perisian paling asas adalah sebarang jenis perisian penyunting teks, seperti Emacs, VI, Nano, KEdit, GNotepad dan sebagainya.

Namun begitu, menggunakan perisian penyunting teks memerlukan kita mengemaskinikan medan-medan tertentu seperti tarikh dan masa kemaskini secara manual. Dengan menggunakan perisian khas untuk proses terjemahan, kebanyakan proses telah dibantu secara automatik.

Antara perisian khas untuk terjemahan ialah KBabel, GTranslator dan juga poEdit. Perisian KBabel disertakan secara percuma dengan pengurus tetingkap KDE, manakala GTranslator pula disertakan secara percuma dengan pengurus tetingkap GNOME. poEdit adalah perisian silang-platform yang terdapat pada platform Unix/Linux dan juga Windows.

Panduan penggunaan setiap perisian boleh didapati dari laman web mereka.
 

  Maklumat lanjut, sila hubungi
sharuzzaman at users dot sourceforge dot net